Monday, May 30, 2011

Gembira tp Sedih..

Mood aku semalam seakan2 membuatkan aku terbang d awang2an.. Sangat2 gembira bila dapat sms daripada dia wlupun sms req Digi iaitu "Please Call Me Back", tapi ia sangat melegakan hatiku dan menggembirakan bagiku.. Tapi bila malam semakin larut, tetiba mood masing2 berubah menjadi kelam, segelap malam d langit.. Ia hitam, sangat2 keruh keadaan tersebut.. Entah kenapa hatiku ini menjadi keruh tetiba.. Terlalu kesal bila menaip pesanan ringkas sebegitu dan hari ini aku tak dapat menghubungi dia seperti 3 hari yang lepas.. Kenapa lah ia terjadi lagi ?? Terlalu berat untuk aku lalui semua ini.. Sukar aku menghadapi situasi sebegini.. Terlalu sayang kah aku dengan dia.. Terlalu cinta kah aku dengan dia sehinggakan apa yang berlaku terlalu rumit untuk aku hadapi.. Kenapa ia berlalu begitu pantas sekali ?? Semua telah berubah.. Terlalu payah untuk aku hadapi nya.. Biarlah masa yang menentukannya.. Aku terima dengan redha ketentuanMu Ya Allah..

Thursday, May 26, 2011

Sekali lagi aku gagal. .

Lama aku x update blog aku nie kan.. Erm.. Aku bz lah kebelakangan nie.. Aku bz bekerja mencari rezeki yg halal, bz melupakan seseorang, bz mencari someone yang bole membahagiakan aku.. Dan 2 bulan lepas aku menjumpainya tetapi hari ini aku rasa sangat2 kehilangannya.. Aku gagal untuk mengekalkan hubungan yang sudah pun terjalin 2 bulan bersamaan dengan hari ini.. Hubungan 2 bulan ini cukup bermakna bagiku kerana dengan secara tidak sengaja aku telah memberi hatiku pada dia.. Aku telah pun membalas cinta yang di beri padaku tetapi sejak kelmarin kami dingin.. Dia seolah-olah mencari di mana kesalahan ku agar hubungan kami renggang dan seperti sekarang langsung tidak mendengar khabar dari dia.. Mengapa semua ini terjadi padaku?? Apakah aku tidak layak untuk menerima cinta daripada dia?? Di manakah kesilapan ku?? Sesungguhnya aku buntu memikirkan semua ini.. Aku mencari di mana kelemahan ku.. Apakah yang tak kena dengan aku?? Kenapa aku di perlakukan sebegini?? Kenapa harus terjadi padaku?? Adakah dia lakukan semua ini hanya alasan untuk menjauhkan diri daripada aku?? Dia tuduh aku tipu dia, dia kata aku menyakitkan hati dia.. Dalam tempoh sesingkat ini dia tidak tahan dengan perangai ku yang menganggap sambil lewa dengan hubungan kami.. Kenapa aku di tuduh sedemikian rupa?? Buruk sangat kah aku ini?? Jahat sangat kah aku pada kau sehinggakan kau menuduh aku yang bukan-bukan.. Apa kau tidak mengerti lagi perasaan aku terhadap kau.. Pengorbanan ku selama ini kau tidak hargai.. Kau di dalam kesusahan aku cuba untuk tolong kau, beri kau semangat, semua itu kau tidak hargai.. Aku bukan mengungkit tapi aku nak kau ingat semua itu.. Kerana aku sayangkan kau.. Aku cuba jaga hubungan ini, aku dah buat sehabis baik untuk meyakinkan kau yang aku benar-benar menyayangi kau, tapi kau tidak nampak.. Apa kebaikan yang aku buat kau tidak nampak langsung, yang kau nampak adalah mencari kesalahan aku.. Jangan jadikan semua itu alasan, kalau kau dah tak sayangkan aku lebih baik kau tinggalkan aku.. Aku memang tidak layak untuk mendapatkan cinta tulus mu FAHMI.. Layanan kau terhadap aku cukup berbeza dengan "girlfriend2" kau sebelum ini.. Apa yang kau story dengan aku pasal diaorang sangat terbaik buat kau.. Kau ada masalah dengan diaorang sanggup kau lakukan apa sahaja sehinggalah kau sanggup drive thru ke KK untuk memujuk dan menyelesaikan masalah kau dengan dia.. Tapi aku kenapa tidak sama dengan diaorang eh?? Kenapa aku berbeza dengan diaorang?? Aku tidak layak kan FAHMI untuk kau perlakukan macam itu?? Aku mengerti maksud mu sehinggalah kau texting aku ~~

" Ckup tsiksa aq ko bt ain.. Aq brubh dan jrg sms ko tau jwb pngln mu bru2 ni sbb aq cari dmana kelemahanku.. Slalu tringat mgapa ko sggup tpu aq.. Dan td ko cuba tgkkn benang yg basah.. Dan kaw ndk pena bg aq pluang bckp tuk aq luahkn apa yg tpendam.. Aq ndk prlukn apa2 dri ko slain ksh syg dan cinta yg tulus dr ko ain.. Tp ini yg ko bt pdku.. Apa slhku.. Aq bkn mo tuduh ko menipu aq, cuma aq mo pastikan kbnarannya.. Dan aq mo ko jujur sak td.. Mgkn aq bslh jg sbb lmbt ungkit cita ni pd ko.. Maafkn aq.. Dan aq maafkan soma kslhan mu dlm sedar atau x.. Assalamualaikum.."

Itulah text sms yang terakhir kau berikan pada aku.. Sehari suntuk aku sms n call kau, tapi semua itu kau tidak jawab.. Apa kesalahan ku sehinggakan kau berkata macam tu terhadap aku?? Sesungguhnya aku tidak memahami apa yang tersirat dalam semua kepuraan2 ini.. Bila rasaku ini rasamu.. Untuk pengetahuan kau FAHMI, aku tidak pernah ada niat untuk menipu dalam hubungan ini.. Segala kejujuran yang ada padaku sudah pun aku keluarkan untuk kebahagiaan kita bersama.. Apa lagi yang tak kena?? Apa lagi yang kau mahu sebenarnya dari diriku ini.. Erm.. ~~ Tapi mungkin juga aku pentingkan diri sendiri.. Terpulang pada kau, apa jua tanggapan mu terhadap ku aku biarkan.. Aku sukar memikirkan apa yang perlu aku buat untuk pulihkan semula hubungan kita.. Buat masa ini, biarlah kau dengan life kau, dan aku dengan life aku.. Aku harap kau temui ketenangan yang kau cari selama ini.. Dan aku pun mencari ketenangan dan mencari kelemahan ku.. Apapun keputusan aku serahkan pada kau dan aku cuba terima dengan redha.. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk kau.. Terima kasih CINTA !

Friday, November 12, 2010

SHIT DAMN !!

Kelmarin aku sakit hati sgt dgn kOrg !! Korg teramat menguji kesabaran kuh hinggakan aku tersangat lah marah !! Besar sgt kah kesalahan yg aku wat sampaikan kau kutuk2 aku "kaw3x" punya !! Apa kau ingat aku nih kuli kau haa !! Kau pOn sama makan gaji la toyol !! Kau jgn nak berlagak mengalahkan bOss ya.. Apa kau ingat kau keja d HQ kau perfect sgt lah !! Klu kau rasa diri kau tu perfect sgt kau lah yg wat semua keja2 d cOmpany nih.. Perangai mcm berpangkat besar je d cOmpany nih !! BANGGA BETUL KEJA KAT HQ !! Bodoh punya org !! Bagus kOrg g MAMPOS LAH !! MENYAMPAH AKU TENGOK MUKA KORG !! Rasa hebat sgt kah sudah !! Ehhhhh.. Menyampah nya aku !!! Aduhhh ~~ Betul2 stress aku dohhhh !!!! 


Tp hari ini aku da ok da.. Aku da seperti biasa.. X guna gak aku stress2 bkn boleh mengubah keadaan jugak.. apa yg penting aku think +ve n happy always.. Byk benda lagi yg boleh aku wat dari memikirkan hal2 toyol yang jahanam tuh !!! SIAL SHIT DAMN F*** la KORANG "S & T"..


 (✿◠‿◠)
aien noraini




Wednesday, May 12, 2010

Happy Mother's Day..




To my mum..
Selamat hari ibu adik ucapkan utk mama yg tersayang..
Sesungguhnya, hilang mu tiada pengganti.. Kasih sayang pernah mama curahkan kepada kami sangat bermakna buat kami adik-beradik.. Pengorbanan yg tiada nilai nya amat kami sanjungi.. Mama, kau la ratu hati kami adik-beradik..


Pada 9 Mei 2010 bersamaan hari Ahad, my bro in law membawa kami sekeluarga untuk lunch bersama sempena Hari Ibu bertempat di Hotel Promonade.. Kami sekeluarga menghabiskan masa selama 2jam lebih utk makan sampai kenyang.. Hahaha..


Hari tersebut adalah hari yg paling bermakna utk aku.. Di mana kami semua dapat berkumpul beramai-ramai dan syukur alhamdulillah semua nya dalam keadaan baik dan happy sangat2..



Picture above is my lovely mum. She said, "capture mama sekali.." and we all suruh papa stand up sebelah mama, papa no respon and mama said again "dia x sudi mau bergambar dengan mama".. Rasa terkilan pulak bila mama cakap macam tu..




Makan yang x berhenti.. Asyikkkkkkkkkk maaaaaaaaaakaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnn ajeeeeeee.. Huhu~








Nampaknye mama da kekenyangan kot.. Hehehe..




1st round.. Belum makanan habis da kenyang giler.. Banyak sangat ambil.. Hehehe..




Sempat lagi capture sebelum melantak untuk kali kedua.. Hehe..













(✿◠‿◠)
aien noraini

Monday, January 18, 2010

Cinta suci yang abadi..


Ku percaya ada cinta..
bak lagu Dato' Siti Nurhaliza..


"Hari ini bila ia datang, jangan biar ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali."
"Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang dan masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kemusnahan.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat tetapi Tuhan hanya menganugerahi sekeping hati untuk kita kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.


~Ada 2 titis airmata mengalir di sebuah sungai. Satu titis airmata itu menyapa airmata yang satu lagi,"saya airmata seorang gadis yang mancintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis airmata kedua itu,"saya airmata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."~


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata, "aku turut bahagia untukmu."
Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, debu menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


Suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tetapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.


Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.



(✿◠‿◠)
 aien noraini

Sunday, November 22, 2009

One of My Favourite Motivational Poems

THE VICTOR


If you think you are beaten, you are.
If you think you dare not, you don’t
If you like to win but think you can’t,
It’s almost a cinch you won’t.


If you think you’ll lose, you’re lost.
For out in the world we find
Success begins with a fellow’s will
It’s all in the state of mind.


If you think you are outclassed, you are.
You’ve got to think high to rise.
You’ve got to be sure of yourself before
You can ever win the prize.


Life’s battles don’t always go
To the stronger or faster man.
But sooner or later, the man who wins
Is the man who thinks he can.



(✿◠‿◠)
aien noraini

Saturday, November 21, 2009

For Someone Special!

Antara cinta dan persahabatan..
Andainya ku di beri pilihan untuk memilih di antara kedua-duanya..
Akan ku pilih kedua-duanya..
Kerana bagiku ia sama beerti dan bernilai dalam hidupku..


Cinta..
Suatu ungkapan yang belum pastikan keindahannya..
Kerana di sebalik keindahan itu..
Tersirat seribu kepahitan pasti akan merentap kedamaian jiwa
Seorang pencinta setia..
Tatkala ikatan di undang kekecewaan..


Namun ia tetap betah menjemput di setiap jiwa..
Yang punya hati dan perasaan..
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini..
Tak terungkai dengan bicara di bibir..
Tak tergambar dengan lakonan..
Begitu syahdunya kurniaan Illahi..
Lahirnya dari hati seorang insan..
Berakal beremosi penyayang dan berperasaan..








Persahabatan..
Suatu ikatan yang lahir dari hati..
Keinginan yang ikhlas..
Bagi berkongsi tangis,tawa,kasih sayang serta keakraban..
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara
Setulusnya tentang impian dan pegertian hidup ini..


Persahabatan yang murni dan suci..
Adalah sebuah perhubungan dan di sulami benang kejujuran..
Di warnai dengan keikhlasan..
Di curahi dengan kasih sejati..
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan..
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan..







Teman yang budiman..
Mengertilah maksud ku ini..
Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecil ku ini..
Sejak perkenalan kita..


Kita bina tugu persahabatan..
Yang dipagari besi kedewasaan..
Yang teguh berdiri megah di laman hati kita.
Tak tumbang dek rintangan..
Hanya satu pinta ku..
Agar kau sentiasa mengingati diriku.



 (✿◠‿◠)
aien noraini